Rawat segera hati rakyat yang terluka

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.
A
A
A

RAKYAT Malaysia memang sedang beremosi pada ketika ini terutama menjelang Hari Raya Aidifitri yang akan disambut oleh semua umat Islam pada Khamis ini.

Semuanya gara-gara tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing selepas kerajaan membuat keputusan untuk melarang rentas daerah dan negeri.

Amarah rakyat Malaysia dapat dilihat apabila mereka menyerang media sosial milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ruangan komen terpaksa ditutup.

Ramai juga petugas barisan hadapan kecil hati dengan kata-kata nista dan celaan segelintir rakyat Malaysia itu.

Sepatutnya rakyat Malaysia kena banyak bersabar dan tidak menurut kata hati. Segala tindakan yang diambil pastinya untuk menyelamatkan kita semua.

Bagaimanapun, setiap kesabaran memang ada hadnya, terutama ada segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan melanggar peraturan yang ditetapkan pemerintah.

Perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menyebabkan api kemarahan rakyat semakin membara.

Sebab itulah, banyak pihak perlu berhati-hati dan jangan buat hal pada masa ini atau mereka bakal mendapat kecaman dan serangan rakyat di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Atas sebab itu, hati rakyat yang sedang terluka ini perlu dirawat dengan segera.

Pasti ada kebijaksanaan-kebijaksanaan tertentu yang dapat dilakukan bagi membolehkan emosi rakyat diredakan semula.

Pertama, hentikan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana pihak pada ketika ini.

Dalam erti kata lain, hentikanlah kluster kayangan atau memberikan layanan berbeza kepada mereka yang ada darjat lebih tinggi.

Kedua ialah dengan menghentikan perbuatan menyalahkan rakyat tetapi pemimpin yang perlu menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

Ketiga, melaksanakan strategi lain bagi berdepan dengan penularan Covid-19 sementara program vaksin dipercepatkan.

Keempat, bantuan berterusan kepada rakyat yang terkesan perlu menjadi keutamaan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan mereka.