X

Kindly register in order to view this article
!

Maritim rampas rokok bernilai RM29.4 juta

Antara jenis rokok yang berjaya dirampas Maritim Malaysia di perairan Kudat.
A
A

KUDAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 4,000 kotak rokok bernilai RM29.4 juta yang cuba diseludup masuk ke negeri ini di perairan Kudat di sini pada 5 Mei lalu.

Semua rokok itu dirampas dari sebuah kapal kargo yang turut dinaiki 13 kru kapal membabitkan lelaki warga India, Sri Lanka dan Indonesia.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, hasil risikan dan pengesanan radar berjaya mengesan sebuah kapal kargo di kawasan kira-kira 1 batu nautika barat daya Pulau Molleangan Kecil.

"Kapal kargo yang berdaftar di UIaanbaatar, Mongolia itu berjaya dipintas untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu bergerak dari Ho Chi Minh, Vietnam menuju ke Sandakan.

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kapal yang disita dianggarkan bernilai RM34.6 juta," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Zon Maritim Kudat di sini pada Isnin.

Katanya, kapal kargo dan semua individu akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!