The Hope Factory Malaysia sumbang 230 naskhah al-Quran

The Hope Factory Malaysia menyumbang 230 naskhah al-Quran kepada murid Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurussalam Taman Manjung Baru, Seri Manjung.
The Hope Factory Malaysia menyumbang 230 naskhah al-Quran kepada murid Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurussalam Taman Manjung Baru, Seri Manjung.
A
A
A

MANJUNG - The Hope Factory Malaysia menyumbang 230 naskhah al-Quran kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurussalam Taman Manjung Baru, Seri Manjung di sini bagi kegunaan murid sekolah berkenaan.

Presidennya, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj berkata, sumbangan itu hasil derma orang ramai menerusi Program Wakaf al-Quran.

Menurutnya, sumbangan kepada sekolah tersebut bukanlah yang pertama, tetapi beberapa sekolah tahfiz dan agensi turut menerima sumbangan tersebut.

“Pemberian ini diharap memudahkan murid-murid belajar al-Quran.

“Sejak Program Wakaf al-Quran diperkenalkan pada tahun lepas, sebanyak 1,500 naskhah telah berjaya disumbangkan kepada Penjara Kajang, maahad tahfiz, beberapa masjid di sekitar Perak dan banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, orang ramai dialu-alukan untuk bersama menyumbang menerusi Wakaf al-Quran dengan RM60 senaskhah ataupun RM10 satu bahagian yang boleh disalurkan melalui akaun Pertubuhan Harapan Istimewa Malaysia iaitu 860357410 (CIMB).

Beliau berkata, The Hope Factory Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak tahun 2012.

Katanya, hasil kutipan derma orang ramai disumbangkan kepada tujuh kategori utama iaitu program wakaf al-Quran, rawatan perubatan, rumah kebajikan kanak-kanak dan fakir miskin, pendidikan, kebuluran dan perlindungan untuk haiwan terbiar.

Artikel Berkaitan: