Bumi rata, sfera: Jika tak tahu, jangan gelojoh lontar pendapat

Johari Mat
A
A

KOTA BHARU - Masyarakat diminta tidak gelojoh dalam melontarkan pendapat khususnya menyentuh hal berkaitan Islam.

Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Datuk Bentara Setia (IPTG), Datuk Dr Johari Mat berkata, tafsiran yang salah boleh memberi kesan yang besar kepada akidah.

“Sepatutnya tafsiran ayat-ayat suci al-Quran, hadis diserahkan kepada pakar dan pihak yang ada autoriti.

“Kita tak boleh tafsir sesuka hati atau ikut kefahaman sendiri kerana kadang-kala kita akan salah faham,” katanya.

Dr Johari berkata, Islam menggalakkan umatnya supaya menambah ilmu, termasuk ulama sekalipun, mereka perlu belajar.

Katanya, masyarakat perlu mencontohi Imam Malik Rahimahullah kerana beliau tidak akan mentafsir sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam.

“Biarpun ia sekadar andaian, tersilap kenyataan boleh memberi kesan yang sangat besar kepada akidah,” katanya, selepas Wacana Sastera Kanak-kanak bertajuk Membetulkan Lingkungan Pendidikan Dalam Al-Quran Dan Hadis di Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan nama ALLAH...: Angkasawan negara

Publisiti murahan kata Qobin

Isu bumi rata dan sfera dihangatkan kembali selepas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad membuat entri di laman Facebook baru-baru ini mencabar angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan memperakui, bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata.

Status itu bagaimanapun membuatkan bekas anggota kumpulan nasyid In-Team ini dikecam oleh netizen.

Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar yang juga angkasawan Islam kesembilan meneroka angkasa lepas berkata, bentuk bumi bukan seperti bola, tetapi seperti telur.