Lelaki berputih mata, lembu jualan raya dirampas

Seorang lelaki berusia 39 tahun berputih mata apabila lembu untuk stok raya yang dibawanya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada Ahad.
Seorang lelaki berusia 39 tahun berputih mata apabila lembu untuk stok raya yang dibawanya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 39 tahun berputih mata apabila lembu untuk stok raya yang dibawanya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada Ahad.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki yang dipercayai mengambil upah membawa lembu itu berjaya dikesan sedang memandu sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Kubang Kual, di sini pada jam 2.30 petang.

"Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan permit pemindahan lembu mahu pun haiwan ternakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas lori sejurus ditahan membawa kepada penemuan 12 ekor lembu.

Beliau berkata, kesemua lembu dan kenderaan termasuk pemandu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Azhari berkata, pemeriksaan lanjut di Komtak Taman Bakti, di sini menganggarkan nilai keseluruhan lembu itu berjumlah RM84,000.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua lembu itu akan dibawa ke Kota Bharu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen (11) (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) 2011.

Artikel Berkaitan:

"Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang bermula dari Pengkalan Kubor (Tumpat) ke Rantau Panjang akan terus diperketatkan menerusi Op Benteng Covid-19," katanya.