4 cedera ditikam dalam serangan di pasar raya New Zealand

Empat cedera dalam satu insiden serangan di bandar Dunedin, New Zealand. - Foto AP/NZME
Empat cedera dalam satu insiden serangan di bandar Dunedin, New Zealand. - Foto AP/NZME
A
A
A

MOSCOW - Empat termasuk suspek cedera dalam satu insiden serangan di bandar Dunedin, New Zealand, lapor Sputnik memetik polis pada Isnin.

Kejadian berlaku di pasar raya Dunedin pada awal pagi ini.

Dua pekerja pasar raya itu dilaporkan cedera akibat ditikam, dua lagi mangsa dalam keadaan kritikal dan akan menjalani pembedahan pada hari Isnin, kata polis kepada wartawan.

"Sebaik polis tiba di lokasi kejadian, empat mangsa didapati parah. Seorang suspek lelaki ditahan," kata polis dalam satu kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut mengenai identiti mangsa dan suspek.

Suspek turut cedera dan dimasukkan ke hospital. Motif sebenar kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: