MMA cadang saringan Covid-19 besar-besaran di kawasan HIDE

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengadakan saringan Covid-19 besar-besaran di kawasan yang telah dikenal pasti oleh Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Presidennya, Profesor Datuk Dr Subramanian Muniandy turut mencadangkan supaya KKM melihat keperluan untuk melakukan vaksinasi besar-besaran bagi mengekang penularan di kawasan tersebut.

“Saringan besar-besaran bersasar di kawasan ini perlu dilakukan bagi mengesan jangkitan awal dan seterusnya mengekang penularan.

“Kami (MMA) percaya bahawa kes harian boleh meningkat lebih tinggi lagi kerana kita tidak buat saringan mencukupi. Kita tidak akan tahu penularan sebenar sehingga kita uji komuniti untuk jangkitannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya menunggu untuk orang ramai tampil dengan simptom, tetapi sebaliknya menjalankan ujian Covid-19 dan dengan segeranya mengasingkan mereka yang positif dan kontak rapat dikesan dan uji.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan yang kesemua premis termasuk pusat beli belah tersenarai di dalam sistem HIDE, yang dikenal pasti sebagai kawasan risiko penularan Covid-19, akan diarahkan ditutup selama tiga hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: