Pemain JDT dominasi Harimau Malaya

Senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat pada 16 Mei ini sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE bulan depan.
Senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat pada 16 Mei ini sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE bulan depan.
A
A
A

SERAMAI 13 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah dipanggil menyertai kem latihan pusat pada 16 Mei ini sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut membuat keputusan untuk memanggil semula pemain kacukan negara yang sedang beraksi di Liga Thailand, Dominic Tan dan Junior Eldstal selain penjaga gol Penang FC, Samuel Somerville.

Bagaimanapun pemain pertahanan, Shahrul Saad dan penyerang, Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa diketepikan selepas masing-masing mengalami kecederaan pada perlawanan Liga Super pada 5 Mei lalu.

Bagi empat pemain yang beraksi di liga luar iaitu Liridon Krasniqi, Junior, Dominic serta Luqman Hakim Shamsudin, mereka tidak perlu melapor diri di Kuala Lumpur pada 16 Mei, sebaliknya terus dari negara masing-masing iaitu Australia, Thailand dan Belgium untuk menyertai pasukan di Dubai pada 20 Mei nanti.

Safawi (kanan) bakal mengetuai jentera serangan Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE bulan depan.
Safawi (kanan) bakal mengetuai jentera serangan Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE bulan depan.

Kemudian pada 25 Mei, skuad Harimau Malaya akan terbang pula ke Manama, Bahrain bagi perlawanan persahabatan kedua bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.

Malaysia akan bertemu UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada Khamis (3 Jun) diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai pada Jumaat dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum pada Selasa.

Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam berkedudukan di tangga teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (9), Thailand (8), UAE (6) dan Indonesia (0).

Artikel Berkaitan: