Taliban umum gencatan senjata di Afghanistan sempena Aidilfitri

Gambar fail.
Gambar fail.
A
A
A

KABUL - Taliban mengumumkan gencatan senjata dengan kerajaan Afghanistan selama tiga hari sempena Aidilfitri, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Taliban pada Isnin.

"Untuk membolehkan penduduk meraikan hari raya dengan aman, Taliban akan menghentikan semua serangan terhadap musuh di seluruh negara dari hari pertama hingga ketiga Aidilfitri," kata Zabihullah Mujahid di Twitter.

Hari raya pertama mungkin akan disambut pada Khamis (13 Mei) bergantung kepada anak bulan.

Jurucakap Taliban itu menggesa anggota Taliban tidak pergi ke kawasan di bawah kawalan tentera Afghanistan ketika gencatan senjata. - Bernama

Artikel Berkaitan: