Hadiah istimewa DIY Bosch AA

Bosch AA memperkenalkan hadiah istimewa pemeriksaan penyelenggaraan kereta DIY sempena sambutan Hari Ibu
Bosch AA memperkenalkan hadiah istimewa pemeriksaan penyelenggaraan kereta DIY sempena sambutan Hari Ibu
A
A
A

SHAH ALAM - Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) memperkenalkan hadiah istimewa pemeriksaan penyelenggaraan kereta DIY sempena sambutan Hari Ibu.

Pemberian keselamatan kenderaan pada Hari Ibu tersebut merupakan sebahagian daripada kempen ‘Drive for Life’ Bosch AA.

Kempen tersebut menyasarkan melestari keselamatan kenderaan dan jalan raya dengan meningkatkan kesedaran menggunakan alat ganti berkualiti serta penyelenggaraan kenderaan.

Hadiah praktikal keselamatan kenderaan tersebut merupakan tindakan penuh bermakna yang dapat diberikan kepada ibu tercinta.

Ia berikutan, kita tidak selalu berada di sisi orang tersayang tetapi dengan langkah-langkah mudah dapat memastikan keselamatan ibu.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah, boleh menaiktaraf wiper kenderaan ibu dengan menggunakan wiper Bosch Aerotwin yang mampu meningkatkan daya penglihatan para pengguna.

"Tidak sukar untuk menukar wiper sendiri kerana hanya memerlukan beberapa langkah mudah dengan menyaksikan video pemasangan wiper Bosch secara online.

"Sentiasa memastikan wiper dalam keadaan baik dengan meneliti bunyi mengikis, jalur dan garis-garis air serta bahagian yang tidak dilap dengan baik," kata Bosch AA dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, panas cahaya matahari boleh menyebabkan wiper menjadi melengkung dan cepat rosak.

"Justeru, disarankan agar menukar wiper setahun sekali untuk keselamatan dan keselesaan. Selain pandangan jelas, kualiti udara di dalam kabin kenderaan amat penting untuk keselesaan dan kesihatan.

"Penapis kabin memainkan peranan penting sebagai pelindung mengurangkan risiko terhadap pendedahan kepada bahan pencemar udara, bacteria dan virus.

Bahkan, ia perlu ditukar setiap tahun atau setiap 15,000 km," katanya.

Antara tanda penapis kabin bermasalah termasuk bau tidak menyenagkan atau asap ekzos, peningkatan debu pada permukaan dalaman kenderaan, sentiasa mengalami masalah hidung berair, bersin dan batuk.

Bosch AA mencadangkan penapis kabin Bosch Aeristo Premium yang didatangkan bersama anti-virus, anti-bakteria, anti-allergen dan bahan anti-kulat.

Sentiasa memastikan kenderaan mengikut jadual pemeriksaan penyelengaraan. Bosch AA mencadangkan agar menggunakan minyak pelincir sintetik penuh Bosch Premium X7 5W40.

Selain itu, pemberian pengecas bateri kereta Bosch C7 juga sesuatu yang menarik dijadikan hadiah buat ibu.

Untuk keterangan lanjut mengenai tips penjagaan kenderaan mudah yang boleh dilakukan secara DIY boleh melayari laman rasmi Facebook Bosch Autoparts di www.facebook.com/BoschAA.MY/

Bagi yang berminat mendapatan produk Bosch boleh mengunjungi pengedar rasmi atau mengunjungi kedai rasmi Bosch Autoparts di shopee.com.my/boschautoparts.os dan www.lazada.com.my/shop/bosch-autoparts.