Kempen Suara-Suara Raya galak perancangan masa depan kewangan

Kenyataan Hong Leong Bank pada Isnin.
Kenyataan Hong Leong Bank pada Isnin.
A
A
A

HONG Leong Bank Berhad (HLB) melancarkan kempen Suara-Suara Raya bertujuan menggalakkan rakyat merancang masa depan kewangan lebih kukuh menerusi ganjaran dan insentif yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, sebagai sebuah bank komuniti, pihaknya memainkan peranan aktif dengan membawakan manfaat yang bermakna demi masa depan pelanggan dan komuniti setempat.

“Kami akan terus mendorong rakyat untuk mengambil kesempatan mengukuhkan kedudukan kewangan masing-masing atau mula merancang untuk menjamin masa depan yang kukuh.

“Justeru, kami menyediakan ganjaran dan promosi untuk menggalakkan pelanggan mengambil peluang membina kekayaan khususnya golongan belia dan yang masih belum membuat perancangan bagi mencapai kebebasan kewangan selepas pandemik,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Domenic yang juga Pengarah Urusan Kumpulan HLB berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan penghibur jalanan atau buskers dalam usaha membantu memulihkan punca pendapatan mereka berikutan pandemik Covid-19.

“Memandangkan persembahan di jalanan dan tempat-tempat awam tidak dibenarkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), punca pendapatan artis, pemuzik dan penyanyi tempatan terjejas.

“Kami berhasrat membantu komuniti ini mengembalikan ‘suara yang hilang’ pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan menganjurkan konsert secara langsung Suara-Suara Raya menerusi siaran Facebook Live pada 21 Mei nanti.

“Video ini juga akan mempersembahkan adaptasi lagu raya kegemaran ramai, Satu Hari di Hari Raya oleh penyanyi terkenal tanah air, M Nasir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komuniti HLB, Zalman Zainal berkata, video perayaan yang dihasilkan bersama buskers tempatan itu merupakan adaptasi lagu raya klasik dengan mengubah lirik, sekali gus memaparkan semangat rakyat mengharungi cabaran sepanjang tahun lepas.

“Ini merupakan raya kedua kita dibelenggu bayangan pandemik, tetapi kita harus berfikiran positif dan terus mencari sinar harapan dalam kesulitan yang dihadapi sambil menantikan hari-hari yang lebih baik,” katanya.

Kempen Suara Suara Raya HLB itu juga akan dijalankan sehingga 11 Jun ini di samping menawarkan ganjaran dan pulangan tunai menarik sekali gus memulakan langkah ke arah membina kekuatan kewangan yang mampan.

Pelanggan yang menyertai HLB berpeluang untuk mendapat duit raya secara dalam talian sehingga RM50 melalui permohonan CASA/-i (Akaun/i Bayar dan Jimat dan Akaun/i Simpanan Asas) menerusi aplikasi Apply@HLB.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati duit raya sehingga RM100 dan peluang memenangi set pembelajaran di rumah bernilai RM5,000 (komputer riba, meja, kerusi) dengan memohon Akaun/i Junior tiga dalam satu menerusi HLB Connect Online.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ganjaran berbelanja raya dengan HLB dan promosi raya eksklusif yang lain, anda boleh boleh layari www.hlb.com.my/raya.