X

Kindly register in order to view this article
!

Agensi Hak Asasi Manusia OIC kutuk kekejaman Israel

Seorang wanita Palestin cedera terkena peluru getah dilepaskan tentera Israel di Baitulmaqdis Timur. - AFP
A
A

ANKARA - Tindakan ganas Israel di Timur Baitulmuqaddis amat “kejam" dan merupakan "jenayah perang" serta melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan rejim itu perlu didakwa, kata kenyataan Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia pada Ahad.

Suruhanjaya itu, sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengecam kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menyerang umat Islam pada Ramadan merupakan pelanggaran serius terhadap hak kebebasan beragama.

"Sungguh tidak berperikemanusiaan menyerang jemaah yang tidak bersenjata dengan bom tangan dan peluru getah.

"Pertubuhan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka secara haram oleh polis Israel dan mendesak rejim segera menghentikan pengusiran secara paksa itu.

"Timur Baitulmaqdis sebahagian kawasan yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah Palestin yang diduduki, tidak ada kawasan pun yang boleh dirampas," kata kenyataan itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Rusia, AS serta masyarakat antarabangsa digesa untuk memaksa Israel segera menghentikan tindakan kejam itu.

Krisis bermula apabila Mahkamah Pusat Israel di Timur Baitulmuqaddis meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah sebaliknya menyokong pendatang Israel.

Pada Jumaat polis Israel bertindak ganas mengusir jemaah yang berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata. Ratusan rakyat Palestin cedera dalam serangan itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!