Bursa, anak syarikat ditutup sempena Aidilfitri

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup mulai tengah hari pada Rabu, 12 Mei bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun perkhidmatan penjelasan, penyelesaian dan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository dan pejabat Bursa Malaysia Securities dan Bursa Malaysia Derivatives akan beroperasi seperti biasa dan dibuka sehingga penghujung hari dagangan, kata bursa dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ia juga akan ditutup mulai 13-16 Mei dan urus niaga akan beroperasi semula pada Isnin, 17 Mei. - Bernama

Artikel Berkaitan: