Pemuda Pas tidak risau kritikan rakan komponen

Ir Khairil Nizam
Ir Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan kritikan daripada rakan komponen parti itu atau pembangkang kepada kerajaan.

Menurut Khairil Nizam, beliau mengambil kira kritikan itu adalah untuk memperbaiki kerajaan.

“Apatah lagi kerajaan hari ini sedang berdepan dengan suasana ujian yang tidak ada sesiapapun pernah menghadapinya.

“Inilah kerajaan yang menghadapinya. Inilah juga berlaku kepada negara-negara yang lain,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Khairil Nizam berkata, apa yang unik di negara ini ialah keharmonian dan toleransi antara kaum yang diikat dengan ikatan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara yang kuat.

“Asasnya ialah keadilan Islam. Sama ada rakan-rakan daripada kalangan Muslim atau bukan Muslim, kita semua adalah rakyat Malaysia.

“Bila kita bergelar rakyat Malaysia, kita ada hak kepada bumi yang tercinta ini dan kita akan dilindungi oleh perlembagaan kita,” katanya.

Beliau turut yakin dan percaya Malaysia akan menjadi negara maju pada masa akan datang sekiranya semua pemimpin muda mempunyai iktikad, semangat untuk bersatu tenaga serta minda dalam usaha menambah baik dan memajukan negara.

Artikel Berkaitan: