Polis tingkat operasi pematuhan premis di ibu negara

 Polis mempertingkatkan operasi pematuhan ke atas premis-premis yang tersenarai dalam Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE) di sekitar ibu negara.
Polis mempertingkatkan operasi pematuhan ke atas premis-premis yang tersenarai dalam Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE) di sekitar ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mempertingkatkan operasi pematuhan ke atas premis-premis yang tersenarai dalam Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE) di sekitar ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, pelaksanaan operasi tersebut bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19 dan bukan semata-mata untuk mengenakan tindakan kompaun terhadap premis perniagaan atau individu.

"Kumpulan pematuhan Op Covid-19 ini terdiri daripada unit kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berperanan untuk mengingatkan masyarakat terhadap pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan ini.

"Kita mengharapkan masyarakat akan terus bekerjasama mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Lei Choo berkata, pihaknya memahami keterujaan masyarakat dalam melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengelakkan tempat yang sesak," jelasnya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: