Jualan ayam Peladang istimewa Aidilfitri

Poster Jualan Ayam Peladang
Poster Jualan Ayam Peladang
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) terpilih menganjurkan promosi jualan ayam murah sempena Aidilfitri.

Nafas dalam satu kenyataan berkata, jualan istimewa ayam akan dipasarkan dengan harga antara RM5.50 hingga RM6 seekor bagi ayam jenama Peladang 1.2 kilogram (kg) dan RM11 seekor bagi ayam potong jenama Peladangku (2kg).

Menurut kenyataan itu, promosi berkenaan akan diadakan di lapan negeri serta lokasi terpilih pada 11 dan 12 Mei 2021.

Kata kenyataan itu lagi, tawaran istimewa kepada para pembeli sempena Aidilfitri adalah dihadkan dua pek untuk seorang.

“Terhad bagi 2,000 ekor ayam sahaja di setiap lokasi. Jangan lepaskan peluang. Produk ayam jenis Super dan Standard jenama Peladang dijamin bersih, berkualiti dan pastinya halal,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan ayam jangan lepaskan peluang untuk menikmati jualan murah dengan mengunjungi lokasi-lokasi seperti berikut:

Negeri: Perlis

Lokasi: PPK Mata Ayer

Artikel Berkaitan:

Tarikh Jualan: 11 Mei 2021

Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2 KG

Negeri: Pulau Pinang

Lokasi: PPN Pulau Pinang

Tarikh Jualan: 11 Mei 2021

Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2 KG

Negeri: Kedah

Lokasi: Agrobazaar Rakyat PPK Kubur Panjang

Tarikh Jualan: 11 Mei 2021

Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2KG

Negeri: Selangor

Lokasi: Peladang Mart, PPN Selangor, Shah Alam

Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021

Harga: RM11 / per pek (ayam potong)/ 2KG

Negeri: Putrajaya

Lokasi: Surau Ar Rahim Presint 15, Putrajaya (Tempahan menerusi Whatsapp & self pickup di lokasi)

Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021

Harga: RM11 / per pek (ayam potong)/ 2KG

Hubungi: 019-5898369 (Fais) 016-2921438 (Shakirin)

Negeri: Melaka

Lokasi: Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Jasin

Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021

Harga: RM5.50 / per KG (ayam standard)

Negeri: Johor

Lokasi: Peladang BizCentre, Batu Pahat Tengah

Tarikh Jualan: 11 Mei 2021

Harga: RM6 / seekor (ayam super) 1.2KG

Negeri: Terengganu

Lokasi: Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Maras, Kuala Terengganu

Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021

Harga: RM5.50 / per kg (ayam standard)