‘Khilaf saya, tak dapat tahan marah’

Yusuf (kiri) bersama salah seorang ahli Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dikenali Abang Ali yang turut terlibat dalam insiden memukul seorang warga asing.
Yusuf (kiri) bersama salah seorang ahli Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dikenali Abang Ali yang turut terlibat dalam insiden memukul seorang warga asing.
A
A
A

[MUKADIMAH] Nama Yusuf Azmi bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana gerak kerja aktivis dan kepenggunaannya terutama ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.

Namun, Isnin lalu, namanya sekali hangat diperkatakan selepas tular satu video di media sosial yang memaparkan beberapa individu telah menyerang dan menampar seorang lelaki warga asing di kaki lima Batu 9 Cheras, Kajang.

Insiden pergelutan antara mereka berlaku kerana warga asing tersebut didakwa telah menciplak rekaan baju-T Semboyan Jihad keluaran Semboyan Malaysia.

Susulan itu, enam individu telah ditahan pihak polis termasuk Yusuf yang kini merupakan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia. Yusuf dikatakan telah menampar warga asing tersebut di tempat kejadian.

Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga membantah tindakan Yusuf yang seolah-olah melangkaui tugas pihak berkuasa.

Demi menyingkap kebenaran tentang insiden tersebut, wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy mendapatkan Yusuf untuk penjelasan berhubung pergelutan yang terjadi.

SINAR HARIAN: Apakah punca utama yang mencetus pergaduhan bersama warga asing itu sehingga terjadinya pergelutan antara dua pihak?

YUSUF AZMI: Pertama, isu ini terjadi bukan kerana dia menciplak nama Semboyan, tetapi apa yang menaikkan kemarahan saya apabila dia cuba menipu dengan mengambil duit daripada pelanggan.

Kedua, dia menabur fitnah ke atas sebuah kedai yang dimiliki oleh orang lain dengan mengambil gambar kedai tersebut untuk diguna pakai kepada pelanggan yang ditipu.

Artikel Berkaitan:

Jadi cuba bayangkan perasaan saya ketika dapat tahu di tempat kejadian bahawa dia mengumpul duit orang ramai sekali gus menggunakan gambar kedai yang dimiliki oleh orang lain.

Jadi kesalahannya yang membuat kami marah adalah dia menipu dan menuduh orang lain yang tidak berdosa.

Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima. Untuk mengetahui lebih lanjut, salah seorang ejen kami membeli barangan yang dijual untuk memerangkap penipuan ini.

Rakaman video tular mengenai insiden perbincangan yang bertukar menjadi pergelutan antara Yusuf (kanan) bersama lima orang individu lain yang memukul seorang warga asing di Batu 9, Cheras baru-baru ini.
Rakaman video tular mengenai insiden perbincangan yang bertukar menjadi pergelutan antara Yusuf (kanan) bersama lima orang individu lain yang memukul seorang warga asing di Batu 9, Cheras baru-baru ini.

Ada pihak berpendapat bahawa Yusuf dan ahli persatuan tidak wajar mengambil tindakan drastik dengan memukul warga asing tersebut dan patut membuat laporan terus kepada pihak berkuasa. Adakah Yusuf setuju dengan pendapat ini?

Kami tidak menafikan ia merupakan satu kesalahan daripada pihak kami. Pada kebiasaannya, memang kami akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.

Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima.

Saya dan rakan-rakan tidak ada niat untuk bertindak kasar, namun kami juga manusia biasa yang apabila melihat kemungkaran terjadi di depan mata, kami bertindak secara spontan.

Apakah terdapat tindakan susulan berikutan kes penahanan Yusuf dan lima individu yang lain daripada pihak polis?

Kami antara enam individu yang ditahan untuk memberi kerjasama dengan pihak polis.

Tapi dakwaan tentang kami direman sehingga lima hari itu tidak benar. Saya hanya ditahan selama satu hari.

Adakah warga asing tersebut sudah meminta maaf dan pihak Semboyan Malaysia menerima permohonan maaf tersebut?

Dia sudah meminta maaf dan saya juga telah memaafkan kesalahan dia secara berdepan. Kami sudah berdamai dan menjumpai jalan penyelesaian.

Di dalam video tersebut boleh saksikan bahawa saya sudah lepaskan dia kerana dia juga merupakan orang Islam. Cuma kes ini menjadi tular di media sosial yang menyebabkan ia diperbesarkan.

Saya mengakui khilaf daripada pihak saya di mana saya tidak dapat menahan kemarahan pada waktu itu. Namun, semuanya telah selesai dengan baik.

Apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak Semboyan Malaysia bagi membanteras gejala ciplak untuk mengelakkan kejadian kontroversi seperti ini berlaku lagi?

Kami akan lebih berhati-hati dan fokus dengan penjenamaan semua produk keluaran Semboyan Malaysia. Contohnya dengan lebih menitikberatkan tentang label dan copyright baju-T Semboyan Malaysia untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang semula.

Apakah reaksi pelanggan produk keluaran Semboyan Malaysia terhadap isu ini selepas ia tular di media sosial?

Kami menerima pelbagai reaksi daripada video tersebut akibat tular di media sosial namun ramai yang menasihati dan memberi teguran secara baik serta berhemah.

Yusuf Azmi
Yusuf Azmi