X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat Malaysia semakin tertekan

Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A

MASUK hari ini sudah 419 hari rakyat Malaysia menjalani kehidupan norma baharu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini pada 18 Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Tempoh itu terlalu panjang, bermula daripada PKP kepada PKP Bersyarat, kemudian PKP Pemulihan dan kini PKP 3.0

Itu belum lagi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kadang-kala mengelirukan rakyat sepanjang 419 hari ini.

Minggu lalu kerajaan meletakkan Kuala Lumpur di bawah PKP bermula Jumaat bersama Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi di Johor, Taiping di Perak, serta 14 mukim di Terengganu yang berkuatkuasa hingga 20 Mei.

PKP turut dilaksanakan di enam daerah di Selangor bermula Khamis hingga 17 Mei, serta Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim di Kedah sejak 1 Mei hingga 14 Mei.

Semakin tertekan apabila kerajaan mengumumkan bahawa semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dibenarkan di seluruh negara berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun nanti.

Lebih tertekan ialah umat Islam sekali lagi tidak boleh berhari raya di kampung sehingga ramai yang mula meluahkan perasaan marah dan kecewa masing-masing di media sosial.

Ramai setuju PKP perlu dilaksanakan dengan tegas dan tanpa kompromi, namun tidak kurang mempertikai kaedah penguatkuasaannya kerana ada kadang-kala bersifat dwistandard dan mengelirukan rakyat.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Fauziah Mohd Saad berkata, masyarakat perlu menguruskan tekanan dengan lebih baik ketika bergelut ketidaktentuan hidup agar ia tidak memberi impak negatif kepada mereka dan orang sekeliling.

Ini kerana kegagalan menguruskan tekanan itu boleh menyebabkan berlakunya tindakan di luar batas kemanusiaan mungkin sehingga menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat.

Amalan gaya hidup yang sihat dapat membantu kesihatan mental yang baik seperti seperti pemakanan sihat, bersenam setiap hari dan tidur yang mencukupi setiap malam dapat membantu menghilangkan tekanan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!