X

Kindly register in order to view this article
!

Pematuhan SOP rendah penularan Covid-19 di Kampung Keramat

KKM merekodkan 10 kes positif Covid-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu. Gambar fail
A
A

KOTA KINABALU - Pematuhan penduduk Kampung Keramat di Semporna terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang masih rendah antara punca kes positif Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10 kes positif Covid-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 kerajaan negeri berkata atas nasihat KKM, kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti itu bermula 11 Mei hingga 24 Mei ini.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini pada Ahad.

Masidi yang juga Menteri Kewangan negeri berkata sehingga kini seramai 56,237 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama bagi fasa satu manakala dos kedua seramai 50,065 orang, dan fasa dua pula seramai 27,613 telah menerima suntikan bagi dos satu.

"Bilangan pendaftaran penerima vaksin hari ini sejumlah 1,613 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 480,621 orang," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!