X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

Menyamar pegawai polis bergelar Datuk untuk rentas negeri

Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai polis bergelar 'Datuk' ketika membuat permohonan rentas negeri.
A
A

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner bergelar 'Datuk' ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke balai polis pada Jumaat untuk mendapatkan kelulusan rentas negeri.

Bagi mengukuhkan dakwaannya lelaki itu menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap polis pada skrin telefon bimbit tanpa memberi sebarang bukti identiti pegawai kanan polis ketika membuat permohonan.

"Apabila diminta mengemukakan dokumen yang membuktikan dia pegawai kanan polis, lelaki terbabit gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan pada pukul 9.00 malam tadi kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti atau kad kuasa serta menyamar, dan dia direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!