Pemandu Myvi maut nahas empat kenderaan

Seorang lelaki maut manakala lima cedera selain lima lagi terselamat selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar pada Ahad. Foto: Ihsan pembaca
Seorang lelaki maut manakala lima cedera selain lima lagi terselamat selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar pada Ahad. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut manakala lima cedera selain lima lagi terselamat selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.40 tengah hari sebelum anggota penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gopeng segera ke tempat kejadian.

Kemalangan melibatkan pelanggaran antara sebuah Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire, selain melibatkan sebuah Proton Saga dan Perodua Alza.

Pemandu Perodua Myvi ditemukan maut di tempat kejadian manakala kesemua 10 individu lain mengalami kecederaan dan dirawat di tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang lain telah keluar dengan sendiri.

“Anggota penyelamat menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap serta membuat rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata selepas dibawa keluar dari rempuhan tersebut, pemandu Myvi itu yang dikenali sebagai Baharudin Tua, 89, disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

Pihaknya memaklumkan operasi tersebut tamat kira-kira dilakukan 3 petang.- Bernama

Artikel Berkaitan: