X

Kindly register in order to view this article
!

Ikram desak PBB, OIC bertindak henti keganasan Israel

Pihak berkuasa rejim Zionis bertindak menyerang jemaah Palestin di al-Aqsa.
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan kuasa-kuasa besar mengambil tindakan segera bagi menghentikan pencerobohan dan kezaliman Israel.

Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pencerobohan di penghujung Ramadan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Ikram mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam tentera Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dan mencederakan ratusan jemaah yang sedang beribadah di masjid itu baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Ikram turut menyambut baik tindakan kerajaan Malaysia dan pelbagai pihak yang mengutuk kezaliman tersebut.

Mohd Parid turut menyeru negara-negara lain dan masyarakat antarabangsa supaya memberikan tekanan demi tekanan terhadap Israel dengan pelbagai cara.

“Mengambil keberkatan sepuluh malam akhir Ramadan, kita mendoakan rakyat Palestin dan umat Islam sentiasa teguh mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa serta Israel yang zalim segera tumbang kerana kezalimannya,” ujarnya.

Pada 8 Mei, sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.

Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majlis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!