PKPD di Kampung Keramat, Semporna mulai Selasa

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat di Semporna, Sabah bermula 11 hingga 24 Mei. Gambar hiasan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat di Semporna, Sabah bermula 11 hingga 24 Mei. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat di Semporna, Sabah bermula 11 hingga 24 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu diputuskan setelah penilaian risiko dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut.

“Sehingga kini, KKM telah merekodkan 10 kes positif Covid-19 daripada 101 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk di lokaliti tersebut. Malah KKM turut melaporkan berlaku peningkatan jumlah kes yang amat ketara selain pematuhan SOP penduduk di lokaliti tersebut masih rendah,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: