Sila log masuk terlebih dahulu.

Pesakit ada janji temu tidak perlu surat kebenaran polis

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual di klinik atau hospital tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan kad janji temu ketika melalui sekatan jalan raya.

"Sebelum ini, kerajaan telah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perlunya mendapat surat kebenaran polis bagi urusan mendapatkan rawatan atau janji temu di hospital atau klinik.

"Ini telah menyukarkan mereka terutama pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser dan buah pinggang.

"Bagi pesakit yang mempunyai janji temu doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad janji temu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Difahamkan, kenyataan berkenaan merujuk kepada aktiviti rentas daerah dan negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain berikutan larangan bagi aktiviti itu di seluruh negara berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun ini.

Artikel Berkaitan: