SOP baru perlombongan bauksit mesti ambil kira DEIA

Fuziah
Fuziah
A
A
A
KUANTAN - [DIKEMASKINI] Prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan perlombongan bauksit perlu didedahkan kepada umum secara telus.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, lebih-lebih lagi kerajaan menerusi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) itu menyatakan terdapat prosedur baharu iaitu hanya bauksit yang telah dicuci dibenarkan untuk dieksport.

Menurutnya, prosedur pencucian bauksit ini akan melibatkan sisa yang mengandungi logam berat yang akhirnya akan mencemari sungai dan sumber air penduduk.

“Berkenaan dengan isu ini saya ingin menyatakan kekhuatiran saya daripada aspek SOP yang diperkatakan.

“Sebelum ini pihak Kerajaan Pahang mahu lakukan Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) meliputi kawasan yang luas.

“Memproses bauksit di sini akan melibatkan sisa yang mengandungi logam berat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Fuziah mendakwa, masalah penguatkuasaan yang dihadapi sebelum ini juga tidak membawa kepada aktiviti perlombongan yang mampan.

“Kita juga ada masalah penguatkuasaan sebelum ini. Dulu kita tak buat pembasuhan. Itu pun sudah membawa kepada bencana alam sekitar.

“Inikan pula nak buat processing dan washing. Ini perkara baharu. Perlu dikongsi dahulu SOP yang dimaksudkan,” tegasnya.
Artikel Berkaitan:


Selaku Ahli Parlimen katanya, beliau memohon agar semua SOP dijelaskan kepada orang awam dengan cara yang telus.

“Perlombongan yang mampan yang melibatkan membasuh bauksit adalah lebih sukar dicapai berbanding dengan apa yang dilakukan pada masa lalu.

“Saya masih ingat sungai-sungai kita menjadi sungai kelas V kerana logam berat dari lombong-lombong bauksit mengalir ke sungai terbuka.

“Saya kesal sewajarnya Menteri KATS bincang dulu dengan orang awam berkenaan dengan SOP yang dimaksudkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bauksit kembali operasi