X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Covid-19: Kematian tertinggi, 26 kes hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kematian pada Ahad mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 26 orang manakala kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 3,733 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 440,677.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter rasmi beliau pada Ahad memaklumkan daripada jumlah tersebut sebanyak 3,727 kes tempatan dan enam merupakan kes import.

"Selangor terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 1,278 kes diikuti Sarawak iaitu 454 kes dan Johor sebanyak 365 kes," katanya.

Tambahnya, Kuala Lumpur pula mencatat 338 kes, Pulau Pinang (280), Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176), Pahang (100), Perak (80), Melaka (66) dan Sabah (61).

Katanya, Terengganu pula mencatatkan sebanyak 49 kes manakala Putrajaya 20 kes, Labuan (6) dan Perlis (1).

Sementara itu, Dr Noor Hisham memberitahu, jumlah kes sembuh sebanyak 3,211menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 401,934 dicatatkan.

Sebanyak 416 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 216 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti menjadikan 436 kluster aktif daripada 1,788 jumlah kluster.

Menurutnya, kluster baharu melibatkan lima tempat kerja iaitu di Jalan Satu, Gombak; Lorong Tiung, Kuala Langat, Klang; Kawasan Industri Dua, Muar; Tapak Bina Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Prai Tengah dan Kopitiam Kampung Selamat, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Selain itu, kata Dr Noor Hisham, terdapat lima kluster komuniti iaitu di Jalan Stadium Negeri, Kuching, Samarahan dan Serian; Tebedu Mawang, Tebedu; Sri Tualang, Pasir Mas; Jalan L Sungai Behrang, Muallim dan Lak Lok, Besut dan Kota Bharu.

"Dua kluster keagamaan melibatkan Tanah Merah, Port Dickson dan Seremban serta Jalan Haji Mahmud, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

"Satu kluster institusi pendidikan swasta iaitu Desa Murni, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!