37 pelanggan, pemilik premis dikompaun langgar SOP

Pelanggan sebuah premis makanan dikompaun selepas pemeriksaan mendapati tiada penjarakan fizikal. - Foto ihsan PDRM
Pelanggan sebuah premis makanan dikompaun selepas pemeriksaan mendapati tiada penjarakan fizikal. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

LUMUT - Sebanyak 37 kompaun dikeluarkan terhadap individu dan pemilik premis yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sitiawan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan pasukan pematuhan SOP mendapati pelanggan premis makanan tersebut tidak melaksanakan penjarakan fizikal.

"Kesemua 21 lelaki dan 15 wanita berusia 18 hingga 42 tahun ditawarkan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

"Bagi pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia 39 tahun pula telah dikenakan kompaun RM2,000 kerana gagal melaksanakan penjarakan fizikal dan menghadkan bilangan kehadiran pelanggan dalam premis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Selain itu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengambil tindakan menutup premis tersebut kerana gagal mematuhi SOP.

"Pemilik premis turut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan kerana aktiviti karaoke beroperasi tanpa lesen hiburan semasa pemeriksaan dibuat," katanya.

Artikel Berkaitan: