Ujian DNA sahkan identiti mayat rentung

Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, pada 17 April lalu disahkan seorang wanita yang pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.
Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, pada 17 April lalu disahkan seorang wanita yang pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Identiti mayat yang ditemui rentung di dalam cerun semak di Kampung Padang Air, Kuala Nerus, pada 17 April lalu, dikenal pasti milik seorang wanita tempatan yang pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarga sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, identiti mangsa sudah disahkan dengan keputusan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diterima beberapa hari lepas.

Mohd Marzukhi
Mohd Marzukhi

"Keputusan DNA sudah dikeluarkan dengan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya.

"Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga terlibat, bagaimanapun jenazah masih tidak dituntut sehingga hari ini (Ahad) dan kini masih berada di bilik mayat Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja pembersihan jumpa mayat terbakar dalam semak

Mangsa mungkin dibunuh sebelum dibakar

Sementara itu, Mohd Marzukhi berkata, tempoh tahanan reman suspek utama yang direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dilanjutkan sehingga Rabu.

Artikel Berkaitan:

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di daerah Marang dan dengan penahanan suspek, polis yakin kes pembunuhan tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek utama kes bunuh, bakar mayat ditahan