X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Lelaki gelang pink tunggang motosikal ditahan

Seorang lelaki memakai gelang pink yang dikesan menunggang motosikal di Padang Serai di sini ditahan polis pada Ahad.
A
A

KULIM - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang memakai gelang pink ketika menunggang motosikal di Padang Serai di sini ditahan polis sekitar daerah berkenaan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki itu ditahan selepas tular video lelaki memakai gelang pink di aplikasi WhatsApp dan Facebook pada Sabtu.

Katanya, video lelaki yang didakwa melanggar Perintah Kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan pentadbiran Balai Polis Padang Serai disebarkan Facebook 'Info Cegah Jenayah @ Kulim'

"Hasil siasatan mendapati motosikal yang dinaiki lelaki terbabit didaftarkan atas penama abangnya yang beralamat di Padang Serai dan anggota polis telah diarahkan untuk mengesan alamat berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati motosikal itu dinaiki lelaki yang dikenakan perintah kuarantin bermula 1 hingga 10 Mei manakala video itu tular pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenalpasti lokasi dikunjungi lelaki yang tidak bekerja itu dan tujuan sebenar dia keluar rumah.

Beliau turut menasihatkan individu diarahkan kuarantin berada di rumah dan tindakan tegas jika ingkar arahan tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!