Rentas daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus masih dibenarkan

Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Rentas daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus masih dibenarkan sehingga dimaklumkan kelak.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, setakat Ahad (hari ini) tiada arahan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) melibatkan kedua-dua daerah ini.

"Sehingga hari ini, pergerakan antara kedua-dua daerah ini sahaja masih bebas namun tempohnya masih tidak dapat dipastikan.

"Bagaimanapun, anggota bertugas sentiasa bersedia menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Meskipun masih diberi 'kebebasan', Abdul Rahim menasihatkan orang ramai di kedua-dua daerah itu sentiasa berwaspada dan tidak mengambil kesempatan keluar rumah jika tiada urusan penting.

"Sentiasa duduk di rumah sekiranya tiada perkara penting di luar dan jangan sesekali jadikan 'kebebasan' sebagai tiket untuk keluar beraya.

"Kami tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada individu yang dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa pada Isnin hingga 6 Jun ini.

Artikel Berkaitan: