Foodtruck diarah tutup gagal patuhi SOP

Lokasi perniagaan kendera saji atau food truck di tapak parkir kenderaan jambatan angkat.- Foto Ihsan Terengganu foodtruck club - TFC (Notis penutupan premis yang dikeluarkan dalam operasi malam tadi.)
Lokasi perniagaan kendera saji atau food truck di tapak parkir kenderaan jambatan angkat.- Foto Ihsan Terengganu foodtruck club - TFC (Notis penutupan premis yang dikeluarkan dalam operasi malam tadi.)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perniagaan kendera saji atau foodtruck yang beroperasi di kawasan parkir kenderaan jambatan angkat (drawbridge) di sini ditutup selama tujuh hari selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan notis perintah tutup premis telah dikeluarkan bagi tujuan menjalankan kerja-kerja mencegah bermula atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit di lokasi terbabit.

Katanya, premis itu diarah tutup selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini hingga 15 Mei 2021.

"Arahan penutupan dilakukan ketika operasi bersepadu Jabatan Kesihatan Negeri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

"Penutupan lokasi perniagaan ini mengikut Seksyen 18(1) (f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Artikel Berkaitan: