Institusi, NGO antarabangsa digesa kecam tindakan Israel

Ikmal Hazlan
Ikmal Hazlan
A
A
A

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa semua pihak termasuk institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa mengecam Israel berikutan serangan biadab tentera penjajah ke atas rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis pada Jumaat.

Exco Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham berkata, tindakan tersebut merupakan satu bentuk penghapusan etnik dan manipulasi demografi.

“Ini bukanlah kali yang pertama berlaku. Pihak Israel sejak sekian lama telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengusir penduduk Palestin bagi meluaskan jajahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah itu turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas terhadap negara terbabit.

“Ini kerana apa yang dilakukan adalah jelas melanggari Undang-undang Hak Asasi Manusia Segajat atau UNDHR 1948 selain mencabuli ketetapan resolusi 2334, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Pada Jumaat, AFP melaporkan sekurang-kurangnya 160 orang cedera dalam satu pertembungan yang berlaku antara polis Israel dan rakyat Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Ketegangan di Baitulmuqaddis mula meningkat sejak beberapa minggu lalu selepas penduduk Palestin terhadap perpindahan secara paksa beberapa buah keluarga dari Sheikh Jarrah, Baitulmuqaddis Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia kecam pencerobohan, serangan ke atas Masjid Al-Aqsa

Artikel Berkaitan:

Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel