Pelantikan Amrin terajui TH tepat

Laporan Sinar Harian mengenai pelantikan Amrin Awaluddin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata kuasa pada 6 Mei.
Laporan Sinar Harian mengenai pelantikan Amrin Awaluddin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata kuasa pada 6 Mei.
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan melantik Datuk Seri Amrin Awaluddin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) dilihat tepat dalam badan berkenaan kearah lebih baik selepas ini.

Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada pengalaman dan latar belakang yang dimiliki oleh tokoh berkenaan dalam bidang korporat sebelum ini.

"Saya menghormati keputusan tersebut sebagaimana telah dipersetujui oleh pucuk kepimpinan negara," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas berhubung perlantikan Amrin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Madrasah Al Uzma Lil Aitam, Kampung Chekok di sini pada Sabtu.

Menurutnya, beliau telah bertemu dengan Amrin selepas pelantikan itu dan berpendapat bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu mempunyai misi serta visi yang jelas untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap TH.

Sinar Harian 28 April lalu melaporkan Amrin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bermula pada 6 Mei.

Lembaga TH dalam kenyataan memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersetuju melantik Amrin sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu.

Artikel Berkaitan: