Rakyat Terengganu dapat air percuma selama sebulan

Rakyat Terengganu bakal menikmati bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama selama sebulan sempena Aidilfitri. (Gambar kecil: Ahmad Samsuri)
Rakyat Terengganu bakal menikmati bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama selama sebulan sempena Aidilfitri. (Gambar kecil: Ahmad Samsuri)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 1.33 juta rakyat negeri ini bakal menikmati bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama selama sebulan sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bekalan air percuma itu melibatkan semua pengguna dan semua kategori rumah bermula 1 hingga 31 Mei.

Beliau berkata, inisiatif itu menelan belanja hampir RM570,000.

"Kerajaan bersetuju memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna dan semua kategori rumah sempena Aidilfitri.

“Kita harap inisiatif ini dapat meringankan impak ekonomi akibat Covid-19 yang melanda. Ia juga sebagai tanda simpati dan prihatin kerajaan lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melaksanakan inisiatif sama iaitu pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada penerima bantuan e-Kasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Artikel Berkaitan: