X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi Mencari dan Menyelamat

A
A

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini, semalam diperluas hingga ke Sungai Linggi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Mohd Asree Abd Hamid berkata pencarian Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, yang ditangguh pada pukul 3.30 pagi disambung semula sekitar 7.40 pagi tadi ditumpukan di permukaan serta dasar di sungai dan Kolam Tadahan Air Taman Arowana.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa bersama abangnya berusia sembilan tahun dan rakan berusia 12 tahun dikatakan sedang bermain sebelum tergelincir ke dalam longkang di flat berkenaan dan dihanyutkan air deras yang ketika itu hujan lebat. - Foto Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!