Lelaki ditahan menyamar pegawai polis untuk rentas negeri

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan apabila cuba menyamar sebagai pegawai polis bergelar Datuk ketika mahu mendapatkan kebenaran rentas negeri di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.

Suspek berumur 65 tahun itu turut menunjukkan gambarnya berpakaian pegawai polis kepada anggota polis bertugas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis bertugas kemudiannya meminta suspek mengemukakan identiti sebagai pegawai kanan polis itu.

"Suspek pada mulanya menyatakan dirinya sebagai pegawai berpangkat Asisten Komisioner dan bergelar Datuk serta menunjukkan gambarnya berpakaian pegawai kanan polis tersebut.

"Suspek bagaimanapun gagal mengemukakan identiti sebagai pegawai kanan polis apabila diminta, suspek kemudiannya ditahan di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai seorang penjawat awam.

"Suspek direman sehari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: