X

Kindly register in order to view this article
!

Panjut Kampung Ribu

A
A

Pengunjung merakam gambar panjut gergasi yang dibina sempena sambutan Aidilfitri ketika tinjauan di Kampung Ribu, Padang Rengas, malam semalam.

Sejak tahun 90-an lagi tradisi pemasangan panjut dilakukan di sini namun pada 2014 ia dibuat secara besar-besaran pada malam tujuh likur oleh penduduk setempat dengan bergotong royong bersama bagi memeriahkan lagi suasana menjelang Aidilfitri.

Pada tahun ini jawatankuasa persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu telah memilih panjut bertemakan Masjid Selat Melaka bagi mengembalikan ingatan kegemilangan Melaka sebagai tamadun besar pertapakan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Pemasangan panjut ini memerlukan 32 batang buluh, empat aras tingkat yang menggunakan 128 tetupai, 64 batang gelegar, 24 keing lantai dan lebih 2000 pelita.

Menariknya walaupun Kampung Ribu berada di pedalaman dan pengunjung perlu melalui jalan yang sempit namun keistimewaan dan kemeriahan panjut di sini mendapat sambutan daripada penduduk setempat. - Foto Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!