Maqis rampas makanan haiwan dari Turki dan Perancis

Maqis menahan dua kontena yang mengandungi makanan untuk anjing dan kucing ketika pemeriksaan rutin pada petang Sabtu.
Maqis menahan dua kontena yang mengandungi makanan untuk anjing dan kucing ketika pemeriksaan rutin pada petang Sabtu.
A
A
A

KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas dua buah kontena yang mengandungi 24,945 kilogram (kg) makanan haiwan bernilai lebih RM177,000 dari Turki dan Perancis di Tapak Pemeriksaan Gudang CFS, Pelabuhan Klang Barat pada Sabtu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, kontena yang mengandungi makanan untuk anjing dan kucing itu ditahan ketika pihaknya menjalankan pemeriksaan rutin kira-kira jam 4 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati barang dagangan berkenaan ditahan kerana tidak mematuhi syarat import Maqis sebagaimana yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan.

"Ia menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kesalahan ini turut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2), akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100, 000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

"Pihak Maqis akan terus memperketatkan kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara.

"Ini bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: