Video sesak pengunjung bukan di GM Klang

Polis menafikan video tular yang mendakwa Pusat Pemborong GM Klang di sini sesak dengan pengunjung tanpa pematuhan SOP.
Polis menafikan video tular yang mendakwa Pusat Pemborong GM Klang di sini sesak dengan pengunjung tanpa pematuhan SOP.
A
A
A

KLANG - Polis menafikan sebuah video tular yang mendakwa Pusat Pemborong GM Klang di sini sesak dengan pengunjung tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihak GM Klang juga telah membuat penafian berkaitan perkara ini melalui Facebook rasmi GM Klang.

Menurutnya, masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan kegusaran dan suasana yang tidak tenteram.

"Sekiranya didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33719999 atau di balai polis yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, tular di laman sosial berkaitan satu klip video berdurasi 0.19 saat yang menunjukkan tiada pematuhan SOP di sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi dengan pengunjung.

Pada video itu juga terdapat perkataan yang menyatakan situasi berkenaan adalah di Pusat Pemborong GM Klang.

Artikel Berkaitan: