Perlu RM9.5 juta bina surau dan asrama

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh yang bakal dibangunkan di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah. (Gambar kecil: Abdul Rahman)
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh yang bakal dibangunkan di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah. (Gambar kecil: Abdul Rahman)
A
A
A

SUNGAI PETANI - Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh memerlukan RM9.517 juta bagi membina surau dan asrama di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Mudir maahad itu, Abdul Rahman berkata, kos pembinaan surau dianggarkan bernilai RM7.258 juta dan asrama pula dianggarkan RM2.259 juta.

Beliau berkata, sebelum ini maahad tahfiz itu hanya menyewa rumah bagi menempatkan pelajar lelaki berusia antara sembilan hingga 15 tahun sejak 2013.

“Pembinaan kemudahan itu bagi membolehkan lebih ramai pelajar mendapatkan akses pendidikan tahfiz, sebidang tanah seluas 1.943 hektar bernilai RM150,000 telah dibeli hasil sumbangan orang ramai pada 2020. Setakat ini, kita masih dalam proses meratakan tapak,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tapak pembinaan surau dan asrama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah.
Tapak pembinaan surau dan asrama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Abdul Rahman berharap sumbangan orang ramai dapat membantu pembinaan kemudahan itu secepat mungkin supaya memberi keselesaan kepada pelajar.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan projek pembinaan dapat dimulakan segera dan siap dalam tempoh dua tahun.

“Kita harap bangunan ini mampu memberi lebih ruang yang selesa kepada pelajar sekali gus mempraktikkan sistem pembelajaran yang sistematik.

Artikel Berkaitan:

“Pihak tahfiz akan mengutamakan keselesaan dan keselamatan bagi menambah keyakinan keluarga pelajar untuk menghantar anak mereka.

Cadangan pembinaan surau Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh yang dianggarkan kos mencecah RM7.258 juta di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah.
Cadangan pembinaan surau Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh yang dianggarkan kos mencecah RM7.258 juta di Kampung Tembak B, Teloi Kanan, Baling, Kedah.

“Kita menganggarkan 100 pelajar mengikuti pembelajaran dan hanya seorang guru dihadkan mengajar 10 orang.

“Antara ditekankan termasuk hafazan al-Quran, hadis, jawi, tauhid, fikah, bahasa Arab dan pelajaran yang berkaitan agama Islam,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 02020010068668 atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh atau hubungi 019-4751147 untuk sebarang pertanyaan.