X

Kindly register in order to view this article
!

Perak FC tak halang pemain berhijrah

Sham Mat Sahat
A
A

PENGURUSAN Perak FC tidak akan menghalang sekiranya ada pemain yang mahu meninggalkan kelab berkenaan dan beraksi bersama pasukan lain pada masa hadapan.

Bendaharinya, Datuk Sham Mat Sahat berkata, skuad The Bos Gaurus itu hanya memberikan keutamaan kepada pemain yang ada ‘jiwa’ dan mahu berjuang bersama pasukan.

“Kita nak pemain yang ada ‘jiwa’ dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang. Pemain sedia ada ini pun kalau nak berhijrah kita tidak akan halang kerana kita nak ‘jiwa’ dia (pemain) dengan negeri Perak.

“Malah, kita juga bertanya kepada mereka siapa yang mahu bermain dan siapa yang tidak mahu bermain (menentang Sri Pahang FC), di Stadium Perak, esok (malam ini).

“Untuk makluman, pemain telah melahirkan rasa kekesalan dan akan turun latihan malam ini (semalam) dan akan bermain untuk menang dengan Pahang esok (malam ini),” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu setelah mengadakan perjumpaan dengan pemain skuad Kejor Yob Kejor itu di Stadium Perak pada Jumaat.

Sham berkata demikian bagi mengulas berhubung dua pemain tonggak The Bos Gaurus, Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mengulas mengenai perjumpaan dengan pemain The Bos Gaurus, Sham berkata, perjumpaan berkenaan berlangsung dengan harmoni dengan kedua-dua pihak masing-masing mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.

Katanya, sejak mengambil alih Perak FC, gaji sebenarnya sudah pun tertunggak dan banyak yang telah diselesaikan.

“Kita akan cari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah tunggakan ini supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!