Jangan ambil mudah aksi berdepan Perak FC

Pemain Tok Gajah diingatkan tidak memandang mudah ancaman Perak walaupun The Bos Gaurus dilaporkan berdepan masalah dalaman. -Foto: FB Sri Pahang FC
Pemain Tok Gajah diingatkan tidak memandang mudah ancaman Perak walaupun The Bos Gaurus dilaporkan berdepan masalah dalaman. -Foto: FB Sri Pahang FC
A
A
A

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengingatkan kesebelasan pemain agar tidak mengambil mudah aksi Liga Super berdepan Perak FC pada di Stadium Perak malam ini jika tidak mahu pulang dengan 'tangan kosong.'

Menurut Dollah, biarpun skuad The Bos Gaurus itu sedang berdepan dengan kemelut tunggakan gaji pemain, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk skuad Tok Gajah beraksi sambil lewa malam ini.

Malah katanya, pemain Sri Pahang FC turut diharapkan untuk kekal fokus di sepanjang perlawanan bagi mengelak terperangkap dengan helah skuad Kejor Yob Kejor itu.

"Bagi saya, tidak ada kelebihan buat Pahang, sama sahaja. Sebenarnya kita pun sama sahaja macam Perak FC, baru lepas daripada masalah.

"Pada saya, kedua-dua pasukan sebenarnya ada masalah, tetapi bila bermain, kita tetap bermain macam biasa; kena fokus dan tak boleh ambil mudah.

"Lagi pun, kita pun baru nak 'bina' semula pasukan dengan kemasukan pemain-pemain import baharu dan apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk membentuk keserasian dalam kalangan pemain," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Sementara itu, Dollah memberikan bayangan untuk menurunkan kesebelasan terbaik bagi berdepan skuad Seladang malam nanti.

Bagaimanapun, Dollah enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan dan hanya mahu kesebelasan skuad Tok Gajah itu memberikan aksi yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Sri Pahang FC pun sebenarnya satu pasukan kelab yang baharu, pemain import yang baharu selain pemain import baharu.

"Kita pun baru nak set-up (bina), semula pasukan ini dan sebagai pasukan baharu, kita melihat faktor keserasian itu jauh lebih penting," katanya.