Tabung Iftar, ALSAFA bantu pelajar UIAM terkandas di kampus

Mahasiswa UIAM menerima manfaat sumbangan hasil Tabung Iftar dan Tabung ALSAFA yang digerakkan Bahagian Perhubungan Alumni UIAM.
Mahasiswa UIAM menerima manfaat sumbangan hasil Tabung Iftar dan Tabung ALSAFA yang digerakkan Bahagian Perhubungan Alumni UIAM.
A
A
A

SHAH ALAM - Nasib pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terkandas di kampus akibat penularan Covid-19 sepanjang Ramadan mendapat perhatian Bahagian Perhubungan Alumni UIAM yang tampil menghulurkan sumbangan makanan berbuka puasa.

Sebanyak 700 pek makanan diedarkan menerusi dua program yang dilaksanakan hasil pengumpulan dana melalui Tabung Iftar dan Tabung ‘IIUM Alumni Scholarship and Financial Assistance’ (ALSAFA).

Program pertama dilaksanakan pada 15 April lalu iaitu ‘Alumni Iftar For Students’ hasil sumbangan pihak luar iaitu ikhlas.com yang menyumbang sebanyak 300 bungkusan berbuka puasa.

Program tersebut diteruskan pada minggu kedua Ramadan iaitu pada 22 April lalu dengan jumlah makanan berbuka puasa sebanyak 400 bungkus nasi mandy telah diagihkan kepada mahasiswa UIAM.

Penetapan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang program berlangsung bagaimanapun diperketatkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Secara keseluruhannya, program iftar sepanjang bulan Ramadan telah membuka peluang kepada para alumni UIAM dan orang ramai untuk bersedekah menerusi Tabung Iftar dan Tabung ALSAFA yang diuruskan Bahagian Perhubungan Alumni UIAM.

Ia juga menjadi salah satu alternatif untuk alumni menyumbang kepada universiti dan membuka jalan kepada pihak universiti serta Bahagian Perhubungan Alumni UIAM bagi mengendalikan lebih banyak program bermanfaat kepada pelajar.

Artikel Berkaitan: