Pengerusi Kumpulan Low Yat meninggal dunia

Tan Sri Low Yow Chuan. - Foto Twitter Bernama
Tan Sri Low Yow Chuan. - Foto Twitter Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kumpulan Low Yat, Tan Sri Low Yow Chuan meninggal dunia pada Sabtu di usia 88 tahun.

Menurut laporan berita, seorang daripada anggota keluarganya dipetik sebagai berkata, pengebumian Yow Chuan akan diadakan pada Rabu.

Kumpulan itu merupakan satu daripada kumpulan milik persendirian terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai perniagaan termasuk pembangunan hartanah dan runcit.

“Diketuai pengerusinya Tan Sri Low Yow Chuan sejak tahun 1971, kumpulan ini telah melebarkan sayapnya daripada sebuah syarikat pembinaan bermula pada tahun 1940,” menurut kumpulan itu.

Sebagai pengerusi dan pengarah urusan Kumpulan Low Yat, Yow Chuan telah mengembangkan portfolio projek dan perniagaan kumpulan itu.

“Di bawah bimbingan dan kepimpinannya, portfolio projek besar dalam kumpulan ini telah dipertingkatkan. Beliau juga telah mencapai satu lagi kejayaan penting dalam kumpulan ini menerusi sumbangannya yang meluas dalam menggalakkan pertumbuhan pelancongan di Kuala Lumpur,” menurut kumpulan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: