Covid-19: India rekod kes kematian tertinggi, 4,187 sehari

Pesakit Covid-19 di India bergelut untuk mendapatkan bekalan oksigen selepas negara itu berdepan gelombang 'tsunami' jangkitan kedua. - Foto: AFP
Pesakit Covid-19 di India bergelut untuk mendapatkan bekalan oksigen selepas negara itu berdepan gelombang 'tsunami' jangkitan kedua. - Foto: AFP
A
A
A

NEW DELHI - India merekodkan 4,187 kematian sehari pada Sabtu buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif korban wabak itu adalah 238,270 selain 401,078 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ancaman pandemik itu yang masih tinggi menyebabkan Tamil Nadu mengumumkan langkah lockdown baharu berikutan kes jangkitan kini mencecah hampir 21.9 juta dan kedua tertinggi di dunia.

Pihak berkuasa di negeri selatan itu menyatakan sekatan ketat itu akan berkuat kuasa pada Isnin sehingga 24 Mei depan.

Sementara itu, negeri Karnataka pada lewat Jumaat turut mengumumkan sekatan pergerakan sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak tersebut yang kini merebak dengan cepat di negeri selatan dan kawasan luar bandar.

Situasi di beberapa bandar utama seperti New Delhi dan Mumbai dikatakan mula stabil setelah ia menerima bekalan oksigen dan hospital lapangan tambahan. - Agensi

Artikel Berkaitan: