Proses ketum dalam hutan

Barangan yang dirampas di lokasi memproses ketum di kawasan hutan berhampiran Kampung Keladang, Kota Bharu pada Sabtu.
Barangan yang dirampas di lokasi memproses ketum di kawasan hutan berhampiran Kampung Keladang, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menyerbu sebuah lokasi memproses ketum di kawasan hutan berhampiran Kampung Keladang di sini pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 32 kilogram daun ketum bernilai RM960.

"Kita turut merampas sebanyak 88 bungkus air ketum bernilai RM880," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan menerusi intipan pihaknya sejurus menerima laporan.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,' katanya.

Beliau berkata, PGA akan terus memperketatkan kawalan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di negeri ini menerusi Ops Benteng Covid-19.

Artikel Berkaitan: