X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

PKPD di Muadzam Shah, penempatan di Genting Highland

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Meripoh dan Kota Bahagia di Muadzam Shah, Rompin serta beberapa kawasan di Genting Highlands bermula dari 10 Mei sehingga 23 Mei ini. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Meripoh dan Kota Bahagia di Muadzam Shah, Rompin, Pahang bermula dari 10 Mei sehingga 23 Mei ini.

Turut dikenakan PKPD bagi tempoh sama ialah di Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu diputuskan setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, sehingga kini KKM telah melaksanakan sebanyak 221 ujian saringan. Daripada jumlah itu, seramai 11 orang didapati positif Covid-19, sementara 22 negatif dan 88 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan.

“Di Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu di kawasan ini apabila 13 kes positif telah direkodkan dikesan daripada 50 yang disaring.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu serta dua lokaliti di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan, Tawau, Sabah pada 9 Mei ini seperti yang dijadualkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!