PKP di beberapa kawasan di Pahang, Pulau Pinang, Perak

Beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak diletakkan bawah status pelaksanaan PKP berkuatkuasa 10 sehingga 23 Mei ini. Gambar hiasan
Beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak diletakkan bawah status pelaksanaan PKP berkuatkuasa 10 sehingga 23 Mei ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak diletakkan bawah status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 10 sehingga 23 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh daerah Kuantan, Pahang apabila KKM mengesahkan terdapat peningkatan jumlah kes sporadik di daerah ini dengan jumlah kluster aktif yang direkodkan sehingga kini ialah sebanyak 10 kluster.

“KKM melaporkan terdapat sebanyak 14 kluster aktif di Pulau Pinang ketika ini dengan kadar insiden yang semakin meningkat. PKP akan dilaksanakan di daerah Timur Laut; Seberang Perai Tengah; Seberang Perai Selatan serta Mukim 12, Barat Daya; Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara.

“Dengan adanya pelaksanaan PKP di daerah dan mukim ini, pergerakan rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan. Begitu juga pergerakan antara tiga mukim yang dilaksanakan PKP turut tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang amat ketara di Mukim Hulu Kinta, Perak dan setelah penilaian dibuat, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan.

“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKP di Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang di daerah Hulu Perak, Perak kerana terdapat peningkatan kes secara mendadak di dua buah institusi di Pengkalan Hulu dengan kadar positiviti yang tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan: