X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya dua pemain tinggalkan Perak FC

Rizal Ali
A
A

SEHINGGA kini hanya dua pemain sahaja yang meninggalkan Perak FC untuk menyertai kelab lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali berkata, berdasarkan perbincangan dengan pemain, tiada yang akan meninggalkan pasukan.

Menurutnya, seperti diumumkan sebelum ini, Shahrul Mohd Saad dan Guilerme de Paula memang telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak pada 6 Mei lalu.

"Shahrul sudah tandatangan surat penamatan kontrak hari ini, manakala de Paula pula kita sedang tunggu beberapa hari lagi.

"Tawaran daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan melalui kita hanya dengan pemain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pemain di Stadium Perak di Ipoh pada Sabtu.

Sementara itu, mengenai kejadian boikot pada sesi latihan oleh pemain Rizal Ali berkata, perkara itu hanya salah faham.

Menurutnya, masalah itu telah diselesaikan dalam sesi perbincangan dengan pemain pada Sabtu.

Berkaitan isu tunggakan gaji pula, beliau menjelaskan pihak pengurusan telah mengambil beberapa inisitif untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji para pemain dan masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Isu gaji ini kita telah minta tempoh sedikit dan kita nyatakan kepada pemain bila waktunya akan diselesaikan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!