Saringan Covid-19 guna sampel air liur dalam masa terdekat

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Orang ramai dijangka akan boleh melakukan ujian pengesanan Covid-19 terhadap diri sendiri melalui sampel air liur dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas dua kit ujian berkenaan kini berada dalam pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA).

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian terhadap kit itu yang dihasilkan oleh dua syarikat berbeza," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya pada Sabtu.

Menurutnya, sekiranya hasil ujian menunjukkan positif Covid-19, individu berkenaan perlu hadir ke fasiliti kesihatan KKM.

"Kita akan melatih petugas kesihatan bagi memastikan kaedah pengambilan sampel air liur (deep throat saliva) tepat," katanya.

Terdahulu, KKM telah mengenalpasti tujuh hospital untuk penilaian lapangan bagi kaedah tersebut.

Hospital berkenaan adalah Hospital Kuala Lumpur; Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Melaka; Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Artikel Berkaitan:

Pada ketika ini, KKM masih menggunakan kaedah persampelan melalui hidung (nasopharyngeal) dan mulut (oropharyngeal) bagi mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam badan pesakit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!